Sumbangan Pusat Tahfiz Team Tahfiz 10K Anjuran NGO MUKMIN ESHAN
Dengan lafaz Bismillah.
Hari ini #AbeMie melancarkan gerakkan mengumpul dana untuk gerakkan membantu 10k Anak Alhafiz.
Dana ini akan digunakan untuk membantu keperluan mereka seperti makanan, pakaian, buku, latihan dan asrama.
Ada dikalangan mereka adalah anak yatim yg tidak dikenakan sebarang bayaran oleh pusat tahfiz.
Makanya, #aAbeMie menyeru kita membantu meringankan beban pusat2 tahfiz ini. Insyaallah kita cuba membantu 10k ANAK ALHAFIZ seluruh malaysia.
Dan semoga ianya menjadi saham akhirat kita. Amin.
Antara Senarai pusat tahfiz yg telah dan sedang dibantu sejak 8 bukan yg lepas adl:
1. Tahfiz As syifa - K.Trg
2. Sek Ulum - k.trg
3. Tahfiz Darul fikri - Kuantan
4. Tahfiz Hijrah - k.trg
5. Tahfiz Istiqamah - Temerloh
6. Tahfiz Muhammadi - kuantab
7. Surau Madrasah Al Hijrah - Kuantan
8. Bantu buku Hufaz
Jika anda berminat join team #Bantu10kAnakAlhafiz boleh join group telegram yg sy dah create ini.
https://t.me/joinchat/A8oabRL8g7psRZXsa9zIrw
=============
❤️ SETIAP PEMBERIAN PASTI ADA GANJARAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH❤️
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
Tuan/puan yang dirahmati Allah sekalian..
Sedekah/infaq merupakan pahala amal jariah yang tidak akan pernah terputus PAHALANYA walaupun setelah tuan/puan meninggal dunia kelak..MasyaAllah..
Betapa besarnya ganjaran yang dijanjikan Allah kepada mereka yang banyak melakukan sedekah dan infaq di jalan Allah Taala.
Tuan/puan,
Pusat Tahfiz yang ingin dibantu ini sudah melahirkan ramai anak-anak hafiz Al-Quran dimana ada diantara mereka ini merupakan anak-anak yatim. MasyaAllah.
Cuba tuan/puan bayangkan bila lahirnya ribuan hafiz Al-Quran berkat dari sumbangan tuan/puan. Subhanallah.
Betapa banyaknya pahala jariah yang mengalir pada tuan/puan.
In sha Allah untuk fasa kali ini, total dana dan sumbangan yang diperlukan ialah sebanyak RM20,000. Jadi, kita akan buka lot infaq khas iaitu:
1 Lot - RM100
Ini bermakna kita akan ada sebanyak 200 Lot sahaja dengan setiap Lot berharga RM100 bersamaan RM20,000 kutipan infaq.
Ayuh tuan/puan sama-sama kita menjadi PENYUMBANG di dalam usaha yang amat murni ini dengan NIAT INFAQ SERENDAH RM100 SAHAJA.
Semoga dengan sumbangan tuan/puan ini dapat membantu prasarana dan kemudahan untuk bakal anak-anak hafiz ini. In sha Allah.
Ribuan terima kasih diucapkan atas sumbangan infaq tuan dan puan.